Selamat datang ke blog saya,saya menyediakan pelbagai resepi masakan tradisional,
Masakan barat,pelbagai kek,pencuci mulut dan pelbagai resepi lagi..selamat mencuba..
semoga bermanfaat untuk anda semua❤️❤️
Saturday, 7 August 2021
Strawberi Cheese Cake
Hai assalamualaikum hari ni saya nak kongsi resepi buat stawberi cheese cake..cake ni rasa masam2 manis dari buah strawberi..lemak2 pada krim cheese..sedap dimakan ketika sejuk..jom kita buat…
1.masak strawberi di atas dapur bersama gula kastor dan jus lemon.masak sehingga strawberi hancur dan lembut.
2.kisar sehingga strawberi hancur dan masukkan 2 sb gelatin dan kacau sebati..siap dan ketepikan
Cara buat strawberi cheese cake
1.pertama buat lapisan bawah,ambil biskut merry patah2 kan dan blend hancur.cairkan majerin dan gaul bersama biskut merry.masukkan dalam bekas dan tekan2 biar padat dan simpan dalam peti seketika.
2.pukul krim cheese sehingga kembang,masukkan gula icing,susu segar,whipping krim,bancuhan gelatin,jem strawberi dan pukul sehingga sebati dan kembang siap.dan masukkan dalam piping beg.
3.lepas tu korang pukul whipping krim sampai kembang dan masukkan dalam piping beg.
5.korang keluarkan biskut dalam peti tadi, potong buah strawberi nipis2 dan susun tepi bekas.lepas tu korang pipe kan krim cheese dan masukkan 3 sb jem strawberi..ratakan jem strawberi tu. lepas tu selang seli dengan whipping krim sampai penuh bekas..(maksud selang seli korang masukkan krim cheese,jem strawberi dan whipping krim)last sekali korang hiaskan dengan buah strawberi..siap
7.simpan dalam peti semalaman dan siap untuk makan.
*kalau taknak buat jem strawberi korang boleh beli yang dah siap di bakery..lepastu korang masukkan bancuhan gelantin..
*tips untuk pukul whipping krim ni pastikan whipping krim suhu peti dan korang pukul high speed sampai gebu..jangan terlebih pukul okay.
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home