Ayam goreng pandan
Bahan - Bahan Ayam Pandan
•3 biji bawang merah (ditumbuk)
•5 ulas bawang putih(ditumbuk)
•5 batang serai (ditumbuk)
•1 inch kunyit hidup (ditumbuk)
•1 inch halia (ditumbuk)
•1 1/5 sdm serbuk jintan manis
•1 1/5 sdm serbuk ketumbar
•2 sdm serbuk cili
•2 sdm sos tiram
•2 sdm kicap manis
•2 sdm madu
•Ayam Dada secukupnya
•Daun Pandan secukupnya
•penyucuk lidi
Cara Nak Masak
1. Masuk kan bawang merah, bawang putih, halia, kunyit hidup dan serai ke dalam lesung batu. Dan tumbuk kan kesemua bahan2 tadi sehingga lumat.
2. Masukan bahan yang telah ditumbuk ke atas dada ayam, masuk kan serbuk ketumbar, serbuk jintan manis, serbuk cili, sos tiram, kicap manis dan Madu. Gaul kan semua nya rata dan perap kan bahan2 tadi selama 2 jam.
3. Selepas di perap selama 2 jam. Boleh masuk kan perapan dada ayam tadi ke dalam daun pandan di balut dan di cucuk mengguna kan lidi di bahagian belakang daun pandan.
4. Dan akhir sekali kita boleh panas kan api dan goreng kan Ayam Pandan ni sampai masak.
5. Bila dah siap kita boleh angkat kan ayam pandan ni, nak makan lagi sedap kena makan bersama Sos Cili Thai.selamat mencuba
Labels: ayam goreng, Ayam goreng pandan, pelbagai resepi ayam, resepi goreng ayam pandan