Selamat datang ke blog saya,saya menyediakan pelbagai resepi masakan tradisional,
Masakan barat,pelbagai kek,pencuci mulut dan pelbagai resepi lagi..selamat mencuba..
semoga bermanfaat untuk anda semua❤️❤️
Sunday, 15 August 2021
Cempedak goreng sedap
Hai assalamualaikum semua..hari ni tekak rasa nak makan cempedak goreng pulak time pkp ni..nak beli mahal sangat..so baik kita buat..jimat dan sedap..jom buat❤️❤️
Bahan2
1 cawan tepung gandum
1/3 cawan tepung beras
1 sk garam
1 sk gula
Sedikit pewarna kuning
1 cawan air
3 sb minyak panas
Buah Cempedak
Cara2👉🏻
1.bancuh semua bahan sebati dan masukkan buah cempedak.biarkan 10 minit.
2.panaskan minyak dan goreng..angkat dan toskan..siap!
Hai assalamualaikum semua..selamat pagi..hari ni saya nak kongsi resepi burger malaysia yang tengah viral sekarang ni..jom kita buat
Bahan-bahan (Sambal)
10 ulas bawang merah kecil
2 labu bawang besar belah 4
1/2 genggam bilis halus
4 ulas bawang putih (kisar semua bawang merah kecil,bawang besar,bilis,dan bawang putih sehingga hancur dan ketepikan)
20-30 tangkai cili kering rendam air panas tos dan kisar dgn sedikit air masak dan minyak( bagi biji lada hancur)
1 ketul gula melaka
1 sudu besar air asam jawa
garam dan serbuk perasa
gula pasir
Minyak masak
👉🏻Cara-cara
Untuk sambal, masukkan minyak masak Lebih
Tumis bawang besar dan bawang putih kisar tadi sehingga sedikit garing.
Masukkan cili kisar ,gula pasir sedikit ikut kemanisan korang..1 ketul gula melaka ..masak api perlahan,lagi lama lagi sedap..saya akan masak lebih dari 2 jam ya dah garing tambah air lagi,tambah sikit2 smpai sambal bertukar warna merah gelap dan minyak naik atas sambal baru kaw sedap.
Tambahkan garam dan serbuk perasa serta sedikit air asam jawa lebih kurang 1 sudu besar..sambal ni saya masak 3 jam.tambah air banyak kali smpai pekat dan sebati baru betul masak.. tak sakit perut makan sebab cili tak mentah.Boleh simpan suhu luar 7-8 hari.
Masukkan semua bahan A. Pukul speed 1. Kemudian masukkan bahan B perlahan2. Pukul speed 1 bagi bahan2 semua bercampur. Ubah speed 2. Bila doh dah betul2 sebati. Masukkan bahan C. Pukul sampai sebati.
Bulat kan doh lepas tu tabur2 sikit2 tepung dekat dulang tutup dengan kain atau wraping plastik biar doh rehat selama 30 minit.
goreng dgn minyak yg banyak dan api sederhana ya
dah goreng kene tos betul2
*tips nya lagi satu nak burger tu nampak cantik warna sekata masa panas kan minyak masuk kan 3 sudu besar shortening ke dalam minyak panas tu biar larut baru goreng burger korang ok.
*masa nak isi burger ni pastikan sambal jangan ambil bahagian minyak..kalau tak dia meresap dalam burger tu jadi berminyak dan tak sedap nanti.