Tuesday, 5 July 2022

cheese cake yogurt strawberry🍓🍓

 



Hai assalamualaikum jom buat cheese cake yogurt strawberi..kek ni ada 3 lapisan..bawah sekali lapisan biskut dan lapisan kedua lapisan cheese  dan lapisan ketiga cheese dan filling stawberi..atas sekali korang hiaskan dengan filling stawberi dan buah stawberi..jom tengok bahan2 yang kita nak gunakan dibawah👇🏻


Bahan2 Lapisan bawah

250g biskut marie

150 majerin (yang telah dicairkan)


Bahan2 lapisan kedua dan lapisan ketiga

Bahan A

500g cream cheese

100g gula aising


Bahan B

200g vivo whipping cream

100g fresh cream

20g gelatin (bancuh dengan air panas sikit sampai larut)


Bahan C

Sedikit pewarna pink

300g fresh yogurt

3 sudu strawberry filling (buah)


Hiasan atas 

5 sudu filling strawberi(buah)

10g gelatin(bancuh dengan air panas sikit sampai larut)

Buah stawberi


Mula2 langkah pertama korang buat lapisan bawah ambil biskut marie dan majerin yang dicairkan dan blend sampai hancur sekata..korang masukkan dalam acuan..pastikan acuan yang korang nak guna ni yang boleh buka ya macam dalam gambar bawah ni👇🏻Pastikan korang alas dengan baking paper tau..supaya tak melekat dan mudah di keluarkan...dan korang tekan2 bagi rata dan padat lepastu simpan dalam peti seketika..siap lapisan bawah


Untuk lapisan kedua mula2 korang Pukul bahan A sampai sebati dan Asingkan..lepastu korang Pukul bahan B kecuali gelatin sampai gebu.lepastu korang campurkan bahan A dan B pukul semua sampai sebati..bila dah sebati bahan A dan Bahan B korang Masukkan gelatin yang telah di bancuh dan gaul rata. lepastu korang Asingkan aduan jadi 2 bahagian.. 1 bahagian korang masukkan dalam loyang  dan sejukkan dalam freezer tau.


Untuk Lapisan ketiga korang ambil bahagian kedua yang korang asing tadi tu dan korang campurkan dengan bahan C kacau sebati dan tuang atas lapisan kedua tadi dan simpan dalam freezer sebentar

 

Untuk hiasan dekat atas tu korang ambil filling strawberi dan gelatin gaul rata dan tuang atas kek tu..siap..hias la atas tu dengan buah strawberi atau ikut kreativiti korang.kek ni sedap makan sejuk2 tau❤️❤️.selamat mencuba..


Labels: , , ,

Tuesday, 12 October 2021

Tart nenas gebu


Hai assalamualaikum hari ni admin nak share resepi biskut raya yangwajib ada setiap pagi raya..Tart nenas


Bahan2 buat inti jem nenas


  • 2 biji nenas muda
  • 1 cawan gula pasir(tambah jika kurang manis)
  • daun pandan


1)pertama sekali korang kupas nenas dan potong kecil2 lepas tu korang kisar sehingga hancur.


2)lepas tu masukkan nenas yang di kisar dan masukkan gula dan daun pandan..gunakan api perlahan

3)lepas tu korang masak sehingga kering..siap❤️


kulit tart(untuk 40 biji tart)


  • 125 gram butter
  • 1 sudu gula castor
  • 1 biji kuning telur
  • 1/2 sudu esen vanila
  • 1 3/4 cawan tepung gandum*(diayak)
  • 1/4 cawan tepung jagung*(diayak)
  • 1 sudu tepung kastard*(diayak)
  • 1/2 sudu garam(jika butter unsalted butter)


Sapuan atas tart

  • 1 biji kuning telur
  • 1/2 sudu pewarna kuning
  • 1 sudu air

(Gaul sebati)


1)masukkan butter dan gula gaul hingga sebati(jgn terlalu lama nanti tart terlalu kembang)gaul sehingga sebati sahaja.


2)masukkan kuning telur,garam dan esen vanila gaul sebati.


3)ayak ketiga tepung tadi dan masukkan sikit demi sedikit.uli doh sebati sehingga doh tidak melekat di tangan.selepas siap rehatkan doh dalam 30 minit.


4)lepas siap rehatkan doh masukkan doh ke dalam acuan dan isi jem nenas.


5)sapu butter pada tray supaya tart tidak melekat.


6)sapu telur diatas tart dan bakar pada suhu 180c selama 20-25 minit.siap


Labels: ,

Thursday, 19 August 2021

Burger prosperity ala mcd


Hai assalamualaikum hari ni saya nak share resepi burger properity..jimat dan sedap..jom buat


Bahan-bahan

1. Roti gardenia

2. Daging Ramly

3. Bawang besar 1/2 potong dadu.

4. Bawang holland hiris nipis

5. Tepung gandum 2 sudu

6. Air 1 gelas

7. Lada hitam serbuk+tumbuk

8. Butter 2sb

9.sos tiram 2sb

10. Kicap manis 1sb

11.garam secukup rasa


Cara-cara

*mula2 letak butter pada roti n goreng dulu kejap..

*uli daging ramly n bentuk kan cam bentuk roti(refer gambar)

*goreng daging dulu(cucuk2 dgn garfu)


Sos

* panaskan butter 2sb n masukkan tepung gandum.. kacau smpai jd gold..

*pastu masukkan air 1gelas n kacau.. masukkan bawang besar potong dadu tadi, lada hitam 1sb, sos tiram, kicap n garam.. masak sampai pekat mana korang nak..

* celupkan daging yg dh goreng tadi.. letak ats roti n letak bawang yg korg hiris tadi..

Siappppp..




Labels: , ,

Sunday, 8 August 2021

nutella nutball cookies


Hai assalamualaikum hari ini saya nak buat biskut raya..biskut ni mengunakan nutella..so siapa yang in love dengan nutella boleh try biskut ni..macam saya la..in love dengan coklat..nak2 nutella ni rasa dia sedap dan premium..so bertambah2 la sedap biskut korang tu..jom kita buat..❤️


Bahan2


  • 200g tepung gandum
  • 20g serbuk koko
  • 30g tepung jagung
  • 25g tepung ubi kayu atau tepung beras
  • 30g serbuk kacang badam atau kacang hazelnut
  • 180 butter/majerin
  • 35g gula kastor
  • 25 gula perang
  • 1 1/2 sudu kecil esen vanila
  • 1 biji putih telur
  • 250g kacang badam cincang
  • 6 sudu besar Jem nutella


*boleh tambah 20g susu tepung untuk lebih sedap dan lemak(ayak sekali tepung)


Kalau tak faham boleh rujuk video ni  Resepi nutella nutball cookies


👉🏻Cara2


1.pertama sekali korang ayak tepung gandum,serbuk koko,tepung jagung,tepung ubi dan serbuk kacang badam dan ketepikan


2.dalam bekas lain,masukkan majerin,gula kastor ,gula perang dan esen vanila..korang pukul sampai majerin bertukar warna putih dan  semua gula larut.


3.lepastu korang satukan bahan ayak dengan bahan yang korang pukul tadi..gaul sebati sampai jadi doh dan tak melekat di tangan.


4.korang sapu majerin di tray pembakar atau lapik dengan kertas minyak.

Dan korang ambil sedikit doh bulat2 kan..pastikan semua doh sama bulat okay..bulat sampai habis doh


5.korang ambil putih telur pukul sedikit kembang(pukul pakai garfu je..)dan celup doh yang korang dah bulat tu dalam putih telur..dan keluarkan doh dari putih telur lepastu korang gaul doh tu dalam kacang badam cincang..pastikan gaul sampai semua melekat..dah siap sampai habis doh tu.. korang tekan doh guna jari atau apa2 untuk letak filling nutella nanti.


6.bakar suhu  160c selama 10 minit.dah siap korang masukkan nutella dalam piping beg dan pipe kan dekat biskut tu..dekat lubang yang korang buat tadi..dan bakar lagi suhu 160c selama 10 minit..siap!!selamat mencuba korang..sebarang pertanyaan boleh komen di bawah👇🏻👇🏻


*2 kali bakar Pertama bakar biskut  160c selama 10minit

*Kedua bakar dengan jem nutella 160c selama 6-10minit atau mengikut oven masing2


#nutellanutball

#biskutraya

#secubitrasa

Labels: ,