Selamat datang ke blog saya,saya menyediakan pelbagai resepi masakan tradisional,
Masakan barat,pelbagai kek,pencuci mulut dan pelbagai resepi lagi..selamat mencuba..
semoga bermanfaat untuk anda semua❤️❤️
Thursday, 19 August 2021
Burger prosperity ala mcd
Hai assalamualaikum hari ni saya nak share resepi burger properity..jimat dan sedap..jom buat
Bahan-bahan
1. Roti gardenia
2. Daging Ramly
3. Bawang besar 1/2 potong dadu.
4. Bawang holland hiris nipis
5. Tepung gandum 2 sudu
6. Air 1 gelas
7. Lada hitam serbuk+tumbuk
8. Butter 2sb
9.sos tiram 2sb
10. Kicap manis 1sb
11.garam secukup rasa
Cara-cara
*mula2 letak butter pada roti n goreng dulu kejap..
*uli daging ramly n bentuk kan cam bentuk roti(refer gambar)
*pastu masukkan air 1gelas n kacau.. masukkan bawang besar potong dadu tadi, lada hitam 1sb, sos tiram, kicap n garam.. masak sampai pekat mana korang nak..
Hai assalamulaikum hari ni saya akan share resepi kek ala2 forrero rocher..kek ni ada 3 step..pertama korang masak kek lepas tu korang sapukan krim lepa dan last sekali baru korang tuang coklat ganache..jom buat
Bahan2 buat kek
bahan A (loyang 8 inci dapat 2 biji ya)
6 biji telur
1 cawan gula halus
1sb ovalate
sedikit emolco coklat
Bahan B(diayak kesemuanya)
2 cawan tepung gandum
1sk baking powder,
1/2 sk soda bikarbonat
sedikit garam halus
1 cawan serbuk koko
Bahan C
1 cawan susu pekat
1 cawan minyak masak
Cara buat kek
Pertama mix bahan A sampai gebu,lepas tu campurkan bahan A dan Bahan C pukul sebati.
ok matikan mixer dan masuk bahan B dan kacau sebati.
Kemudian masuk kan 3/4 cawan air panas dan kacau sebati
sapu butter pada loyang dan masuk kan adunan dan kukus selama 40 minit.tutup permukaan loyang dengan wrapping plastik ye..Nak bakar boleh tapi kek kurang moist.(sementara tunggu kek masak boleh buat krim lepa kek.
dah sejuk kek belah kepada 3 bahagian.
Krim lepa(untuk sebiji kek)
250g cream cheese
6 sb susu pekat atau 6 sb gula icing
2 cawan whipping krim (non dairy)brand vivo
7 sb nutella
1 sb emolco coklat
Cara buat krim lepa
mix krim cheese dan susu pekat sampai sebati dan masukkn whipping cream,pastikan whipping krim sejuk ade ais sikit2 baru cepat gebu..mix smpai dia gebu.
Masukkan nutella dan emolco coklat(emulco coklat fungsi untuk warna cantik)gaul sebati.siap!
Sapukan krim Lepa pada kek(bawah sekali Lapisan kek lepastu sapukan krim lepa,lapisan kek dan krim lepa,lapisan kek Dan sapukan krim lepa…sapu atas dan tepi(keliling kek)..lepas tu simpan dalam chiller selama 1 jam.
Boleh buat topping ganache.
Bahan2 buat coklat ganache
300g coklat blok atau coin dark beryls
1 cawan whipping dairy(250g)
2sb butter
1 cawan badam nips
Cara buat coklat ganache
masukkan coklat,whipping dan butter dalam pengukus atau oven(double boil pon boleh)
dah cair coklat ambil whisk kacau je dan rehat kan dia sekurang2 nya smpai dia jadi agak pekat sikit, biarkan di suhu bilik
Badam nips bakar awal2 ya bg sejuk tp pastikan garing ya .
tuang 1 cawan badam nips dalam ganache tadi dan kacau rata.
keluar kan kek dan baru tuang ganache dari tengah2 atas kek.( pastikan ganache tak terlampau pekat ya)
ok rata kan tepi2 guna spatula dah siap .simpan dalam peti balik 30 minit bagi coklat kukuh...ok setel dah..selamat mencuba❤️❤️❤️
Hai assalamualaikum semua..hari ni tekak rasa nak makan cempedak goreng pulak time pkp ni..nak beli mahal sangat..so baik kita buat..jimat dan sedap..jom buat❤️❤️
Bahan2
1 cawan tepung gandum
1/3 cawan tepung beras
1 sk garam
1 sk gula
Sedikit pewarna kuning
1 cawan air
3 sb minyak panas
Buah Cempedak
Cara2👉🏻
1.bancuh semua bahan sebati dan masukkan buah cempedak.biarkan 10 minit.
2.panaskan minyak dan goreng..angkat dan toskan..siap!
Hai assalamualaikum semua..jom buat sos cili thai sendiri..mesti lagi sedap dan jimat…mudah ke dah buat nya..jom buat❤️❤️
Bahan kisar kasar
2 biji cili besar
20 biji cili merah kecil
9 ulas bwang putih
1 cawan + 1/2 cawan air
Bahan lain
1 sb gula
1 senduk cuka makan
2 sb tepung ubi kayu(bancuh dgn sedikit air)
Cara👉🏻
1.pertama kisar bahan kisar..kisar jangan terlalu hancur..kisar kasar je.biar ada cebisan2 cili.setelah siap kisar,Masukkan bahan kisar atas dapur..masak sehingga cili betul2 masak dan mendidih.
2.setelah mendidih Masukkan gula dan cuka makan.
3.Setelah cukup rasa,masukkan bancuh Tepung ubi kayu,Masuk sikit2 bancuhan air tepung ubi kayu..untuk memekatkan kuah.Setelah siap gaul rata dan tutup api..
Siap!
*tips pastikan cili betul2 masak..nanti makan takde lah rasa maung..rasa cili tak masak tu..
Hai assalaimuaikum hari ni admin nak buat manggo loaded cheese in jar..macam jual kedai kedai bakery tu..sedap kan rasa nya..okay resepi nya dia bawah👇🏻selamat mencuba semua❤️
Jem mangga
2 biji isi buah mangga(dipotong dadu)
5 sb gula kastor
3/4 sb jus lemon
Utk crushed bawah
100g biskut merry(diblend)
25g Butter(dicairkan)
Bancuhan gelatin
3 sb gelatin +1/4 cawan air panas(kacau sebati)
Untuk cheese
125 g krim cheese(suhu bilik)brand tatura
25 g gula icing
25ml Susu segar(brand dutch lady full krim)
50ml Whipping krim(dairy)brand anchor
3 sb Jem mangga
2sb gelatin
Untuk whipping krim
100ml whipping krim dairy(pukul sehingga kembang)
👉🏻Cara2 Buat jem mangga
1.masak mangga di atas dapur bersama gula kastor dan jus lemon.masak sehingga mangga hancur dan lembut.
2.kisar sehingga mangga hancur dan masukkan 2 sb gelatin dan kacau sebati..siap dan ketepikan
Cara buat mangga cheese cake
1.pertama buat lapisan bawah,ambil biskut merry patah2 kan dan blend hancur.cairkan majerin dan gaul bersama biskut merry.masukkan dalam bekas dan tekan2 biar padat dan simpan dalam peti seketika.
2.pukul krim cheese sehingga kembang,masukkan gula icing,susu segar,whipping krim,bancuhan gelatin,jem mangga dan pukul sehingga sebati dan kembang siap.dan masukkan dalam piping beg.
3.lepas tu korang pukul whipping krim sampai kembang dan masukkan dalam piping beg.
5.korang keluarkan biskut dalam peti tadi.lepas tu korang pipe whipping krim,potongan buah mangga,whipping krim,1 sb jem mangga,krim cheese,jem mangga dan last sekali hiaskan dengan potongan buah mangga…siap
7.simpan dalam peti semalaman dan siap untuk makan.
*kalau taknak buat jem mangga korang boleh beli yang dah siap di bakery..lepastu korang masukkan bancuhan gelantin..
Hai assalamualaikum hari ini saya nak buat biskut raya..biskut ni mengunakan nutella..so siapa yang in love dengan nutella boleh try biskut ni..macam saya la..in love dengan coklat..nak2 nutella ni rasa dia sedap dan premium..so bertambah2 la sedap biskut korang tu..jom kita buat..❤️
Bahan2
200g tepung gandum
20g serbuk koko
30g tepung jagung
25g tepung ubi kayu atau tepung beras
30g serbuk kacang badam atau kacang hazelnut
180 butter/majerin
35g gula kastor
25 gula perang
1 1/2 sudu kecil esen vanila
1 biji putih telur
250g kacang badam cincang
6 sudu besar Jem nutella
*boleh tambah 20g susu tepung untuk lebih sedap dan lemak(ayak sekali tepung)
1.pertama sekali korang ayak tepung gandum,serbuk koko,tepung jagung,tepung ubi dan serbuk kacang badam dan ketepikan
2.dalam bekas lain,masukkan majerin,gula kastor ,gula perang dan esen vanila..korang pukul sampai majerin bertukar warna putih dan semua gula larut.
3.lepastu korang satukan bahan ayak dengan bahan yang korang pukul tadi..gaul sebati sampai jadi doh dan tak melekat di tangan.
4.korang sapu majerin di tray pembakar atau lapik dengan kertas minyak.
Dan korang ambil sedikit doh bulat2 kan..pastikan semua doh sama bulat okay..bulat sampai habis doh
5.korang ambil putih telur pukul sedikit kembang(pukul pakai garfu je..)dan celup doh yang korang dah bulat tu dalam putih telur..dan keluarkan doh dari putih telur lepastu korang gaul doh tu dalam kacang badam cincang..pastikan gaul sampai semua melekat..dah siap sampai habis doh tu.. korang tekan doh guna jari atau apa2 untuk letak filling nutella nanti.
6.bakar suhu 160c selama 10 minit.dah siap korang masukkan nutella dalam piping beg dan pipe kan dekat biskut tu..dekat lubang yang korang buat tadi..dan bakar lagi suhu 160c selama 10 minit..siap!!selamat mencuba korang..sebarang pertanyaan boleh komen di bawah👇🏻👇🏻
*2 kali bakar Pertama bakar biskut 160c selama 10minit
*Kedua bakar dengan jem nutella 160c selama 6-10minit atau mengikut oven masing2
Hai assalamualaikum semua..selamat pagi..hari ni saya nak kongsi resepi burger malaysia yang tengah viral sekarang ni..jom kita buat
Bahan-bahan (Sambal)
10 ulas bawang merah kecil
2 labu bawang besar belah 4
1/2 genggam bilis halus
4 ulas bawang putih (kisar semua bawang merah kecil,bawang besar,bilis,dan bawang putih sehingga hancur dan ketepikan)
20-30 tangkai cili kering rendam air panas tos dan kisar dgn sedikit air masak dan minyak( bagi biji lada hancur)
1 ketul gula melaka
1 sudu besar air asam jawa
garam dan serbuk perasa
gula pasir
Minyak masak
👉🏻Cara-cara
Untuk sambal, masukkan minyak masak Lebih
Tumis bawang besar dan bawang putih kisar tadi sehingga sedikit garing.
Masukkan cili kisar ,gula pasir sedikit ikut kemanisan korang..1 ketul gula melaka ..masak api perlahan,lagi lama lagi sedap..saya akan masak lebih dari 2 jam ya dah garing tambah air lagi,tambah sikit2 smpai sambal bertukar warna merah gelap dan minyak naik atas sambal baru kaw sedap.
Tambahkan garam dan serbuk perasa serta sedikit air asam jawa lebih kurang 1 sudu besar..sambal ni saya masak 3 jam.tambah air banyak kali smpai pekat dan sebati baru betul masak.. tak sakit perut makan sebab cili tak mentah.Boleh simpan suhu luar 7-8 hari.
Masukkan semua bahan A. Pukul speed 1. Kemudian masukkan bahan B perlahan2. Pukul speed 1 bagi bahan2 semua bercampur. Ubah speed 2. Bila doh dah betul2 sebati. Masukkan bahan C. Pukul sampai sebati.
Bulat kan doh lepas tu tabur2 sikit2 tepung dekat dulang tutup dengan kain atau wraping plastik biar doh rehat selama 30 minit.
goreng dgn minyak yg banyak dan api sederhana ya
dah goreng kene tos betul2
*tips nya lagi satu nak burger tu nampak cantik warna sekata masa panas kan minyak masuk kan 3 sudu besar shortening ke dalam minyak panas tu biar larut baru goreng burger korang ok.
*masa nak isi burger ni pastikan sambal jangan ambil bahagian minyak..kalau tak dia meresap dalam burger tu jadi berminyak dan tak sedap nanti.
Hai assalamualaikum hari ni saya akan share resepi kentang putar ala2 kfc tu..dan sos lada hitam..sos lada hitam ni sesuai jugak untuk makan bersama chicken chop..selamat mencuba
Bahan2
Kentang putar
4 biji kentang
1/2 sb butter
1/4 cawan susu segar
Sedikit garam
Sedikit serbuk lada hitam
👉🏻Cara2 buat kentang putar
1.kupas kentang potong 4 dan rebus sehingga empuk(lembut)dan lenyek sehingga hancur.
2.masukkan butter,susu segar,garam dan serbuk lada hitam gaul sebati..siap
Sos lada hitam
2 sb butter
1 biji bawang besar/holland
2 sb tepung gandum
1 cawan air
1/2 kiub pati ayam
2-3 sb sos lada hitam
Sedikit garam
Cara2 buat sos lada hitam
1.diatas kuali,cairkan butter dan masukkan bawang besar dan masak sehingga bawang kekuninggan..
2.bila dah kekuninggan masukkan tepung kacau sebati dan masukkan air..kacau sebati supaya tepung tidak berketul.bila dah pekat tutup api dan blend sehingga hancur.
3.dah siap blend masukkan balik dalam kuali,masukkan kiub dagingsos lada hitam dan garam secukup rasa.siap
Hai assalamuaikum hari ni saya akan share macam mana nak buat meatball homade ala2 ikea..jom kita buat❤️
Bahan2 meatball
-750g daging cincang
-100g serbuk roti
-1 biji bawang besar – cincang halus
-1 ulas bawang putih – cincang halus
-1 biji telur
-5 sudu besar susu full cream
-Garam dan lada hitam
Cara2 buat meatball
1. Campur semua bahan di atas sampai sebati. Bulatkan jadi bentuk bebola daging. Simpan dalam peti beku 20 minit sebelum masak.
2. Goreng sebentar atas kuali sampai sedikit perang.
3. Dah nampak perang sikit, terus masukkan dalam oven.Masukkan dalam oven selama 30 minit, suhu 180 darjah celcius (oven biasa) atau 160 darjah celcius. (fan force oven).siap
Bahan2 buat sos
-40g mentega
-40g tepung gandum
-2 kiub pati daging
-300ml air
-2 sudu kecil kicap lemak manis
-1 sudu kecil Dijon mustard
-150ml krim masakan/dairy whipping cream
Cara buat sos
1. Cairkan mentega. Masukkan tepung dan kacau untuk 2 minit.
2. Masukkan kiub pati daging, hancurkan.
3. Masukkan 300ml air sambil kacau perlahan untuk elakkan berketul.
4. Masukkan kicap, dijon mustard dan krim. Ini penting untuk dapatkan rasa kuah sama macam kat IKEA. Dijon mustard. Pastikan Dijon ye, bukan mustard kuning biasa tu.